5 Negeri & Wilayah Paling Kaya di Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Malaysia merupakan antara negara membangun yang memiliki ekonomi yang kukuh dengan anggaran keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapita 11,338 Dollar Amerika setahun iaitu di tangga yang ke-62 di dunia pada tahun 2019. KDNK per kapita merupakan jumlah hasil yang dikumpulkan dan dipuratakan dengan jumlah penduduk dalam sesebuah kawasan. Kaedah ini juga digunakan untuk mengenalpasti taraf hidup rakyat di sesuatu kawasan. Artikel kali ini kami akan kongsikan 5 negeri dan wilayah paling kaya berdasarkan KDNK per kapita di Malaysia.

Sebelum kita teruskan, tekan dulu butang langgan dan butang loceng.

5. Selangor

Selangor adalah negeri yang paling maju di Malaysia dengan kegiatan utamanya dalam sektor perindustrian, elektronik serta pertanian. Kegiatan tersebut telah menjadi penyumbang utama kepada KDNK per kapita negeri Selangor iaitu sebanyak RM4,294 sebulan atau RM51,528 setahun. Hal ini juga disebabkan kedudukan Selangor yang strategik iaitu berdekatan dengan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

4. Sarawak

Negeri bumi kenyalang ini kaya dengan sumber semula jadi dan menjalankan ekonomi meliputi pelbagai industri seperti perlancongan, petrokimia, kargo, perkhidmatan udara dan produk logam. Sarawak telah mencatatkan pendapatan tahunan sebanyak RM52,301 atau RM4,358 sebulan. Sebahagian besar kekayaan semula jadi negeri ini juga dieksport ke luar negara.

3. Pulau Pinang

Pulau mutiara ini sering menjadi tumpuan para pelancong. Negeri ini juga terletak di laluan perdagangan yang menjadi persinggahan kapal Kargo dari China dan negara Barat. Ekonomi negeri ini turut meliputi sektor perlancongan, kewangan, perindustrian,dan tenaga mahir dengan pendapatan tinggi sebanyak RM4,411 sebulan dan RM52,937 untuk setahun per kapita.

2. Wiilayah Persekutuan Labuan

Mutiara Borneo ini merupakan Wilayah Persekutuan kedua yang ditadbir langsung oleh Kerajaan Persekutuan bersama Kuala Lumpur dan Putrajaya. Labuan mencatatkan KDNK per kapita RM 6,194 sebulan bersamaan RM 74,337 setahun. Selain pelabuhan strategik serta kaya dengan minyak dangas asli, Labuan juga diiktiraf sebagai Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa. Labuan yang bebas cukai ini juga menarik untuk dikunjungi oleh pelancong. Kepada yang tidak mengetahui dan menyangka Labuan ini masih sebahagian dari Sabah, sebaiknya sila kembali semula ke bangku sekolah.

1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya

Wilayah yang paling kaya di Malaysia ini jauh meninggalkan pesaingnya di belakang, terkenal sebagai ibu kota, pusat perniagaan dan pusat pentadbiran negara. Majoriti penduduk merupakan pemegang syarikat, pengurus tadbir ataupun ahli perniagaan, menjadikan pendapatan purata per kapita bagi wilayah ini adalah RM 10,107 untuk sebulan dan RM 121,293 setahun. Namun sara  hidup untuk tinggal di bandar besar ini sangat  tinggi berbanding negeri-negeri lain.

Kesimpulanya, negeri-negeri yang tersenarai tersebut bukanlah untuk membeza-bezakan atau merendahkan negeri-negeri lain namun sebagai suri teladan bagi kita untuk memantapkan lagi ekonomi negara ini. Semoga negara kita menjadi lebih maju dari segi politik, ekonomi dan juga sosial.


Baiklah, jangan lupa komen,  dan kongsikan artikel ini.

Sumber rujukan:
Jabatan Perangkaan Malaysia (Statistik 2018)

Catat Ulasan

0 Ulasan

close