Penyelesaian krisis diplomasi di antara Malaysia dan rejim komunis Korea Utara yang kian memuncak sejak beberapa hari yang lalu tidak perlu berpandukan Konvensyen Geneva.
Kerajaan juga disaran menyelesaikan krisis bersama Korea Utara dengan kebijaksanaan berbanding menunjukkan sikap konfrantasi.
Penganalisis Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Azizuddin Mohd Sani menegaskan Kuala Lumpur-Pyongyang bukan dalam fasa peperangan, sebaliknya hanya diselubungi ketegangan.
Hubungan Korea Utara dan Malaysia di tahap paling rendah sejak 4 dekad kedua-dua negara menjalinkan hubungan diplomatik.
Ia susulan kematian Kim Jong Nam, abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, pada bulan lalu. Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur enggan bekerjasama dengan polis Malaysia dalam siasatan insiden serangan ke atas Jong Nam di klia2, Sepang pada 13 Feb, sementara Pyongyang menolak dakwaan ia terlibat dalam pembunuhannya.
Minggu ini, duta kedua-dua negara dibawa pulang, disusuli dengan langkah Korea Utara menghalang 11 rakyat Malaysia meninggalkan negara itu. Semalam, 2 daripada mereka dibenarkan pulang, di sebalik rundingan peringkat kerajaan.
Kerajaan Korea Utara memberi jaminan kesemua 11 rakyat Malaysia di Pyongyang selamat dan bebas menjalani kehidupan seperti biasa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bukan itu sahaja, serangan siber juga kemungkinan berlaku, Setidaknya, satu perusahaan perbankan terbesar di Malaysia telah memperingatkan stafnya untuk ekstra waspada dan mengimbau agar lembaga lain juga mengambil langkah serupa.
Kewaspadaan ini juga termasuklah agar staf perusahaan tak menanggapi e-mail yang mencurigakan atau lampiran tak dikenal.
Ketua Biro Antarabangsa AMANAH, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, krisis dihadapi ketika ini memerlukan penyelesaian secara diplomasi kerana ia membabitkan keselamatan rakyat Malaysia yang berada di negara berkenaan.
Rujukan: Astro Awani, MSN Money,

0 Ulasan