Kementerian MUNGKIN terjangkiti COVID 19

Sumber foto : Berita harian


Kenyataan terbaru daripada Menteri Kesihatan Malaysia berkata terdaoat penambahan dalam kes positif COVID 19 di Malaysia. Setakat 2 mac 2020, sejumlah 29 kes penyakit ini dicatatkan. Salah seorang yang didapati terjangkit pernah berada rapat (close contact) dengan seorang bekas menteri dan bekas timbalan menteri.

Pesakit tersebut merupakan pegawai kanan pengurusan Khazanah dan sebuah syarikat yang berkaitan kerajaan. Dia telah menghadiri satu acara kementerian yang dihadiri oleh menteri-menteri tersebut. Majlis tersebut merupakan majlis penghargaan sebelum pembubaran kerajaan Pakatan Harapan minggu lalu yang diadakan pada 27 Feburari di sebuah hotel di Kuala Lumpur.


Dalam kenyataan Khazanah Nasional Berhad, mereka telah pun mengesahkan bahawa kakitangannya itu dijangkiti coronavirus. Beliau merupakan pesakit ke-26 yang telah ke Shanghai pada bulan Januari lalu. Pada hari beliau menghadiri majlis tersebut, dia telah mendapati symptom demam dan sakit tekak. Dua hari kemudian setelah merujuk kepada hospital, beliau telah disahkan menghidapi penyakit COVID 19 dan telah diisolasikan ke dalam sebuah wad di Hospital Sungai Buloh.



Menteri yang dikaitkan turut terlibat dalam menyertai perikatan Nasional dan juga dikatakan telah berhubung dengan anggota parlimen dalam siri pertemuan politik termasuklah PM ke 8 semasa negara berada dalam krisis politik isnin lalu.

Walau bagaimanapun, belum ada bukti bahawa menteri-menteri terlibat terjangkit penyakit tersebut dalam masa yang singkat ini.

rujukan : Lobak Merah

0 Ulasan

Taip di atas...