Jokowi zahir ucapan tahniah, doakan hubungan Malaysia-Indonesia diberkati



Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menzahirkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau turut mendoakan pelaksanaan tugas yang beramanah dan sukses, serta hubungan baik kedua-dua negara terus diberkati Tuhan.

Tan Sri Muhyiddin yang juga merupakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ucapan tahniah Jokowi itu disampaikan jurucakap Presiden Indonesia, Fadjroel Rachman, menerusi akaun twitter @fadjroel, pada Ahad.


Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara pada 10.33 pagi.

Sumber: BERNAMA

0 Ulasan

Taip di atas...