Pasti ramai tidak
tahu mengenai harta karun milik bangsa melayu yang berada di luar tanah melayu.
Harta karun yang dimaksudkan adalah berbentuk seperti rampasan perang atau
penemuan artifak bangsa melayu di luar tamadun melayu.
- Meriam Sri Patani, Sri Nagara dan Mahalela
Terdapat 3 buah meriam yang diceritakan ke
dalam hikayat Patani menjadi punca pematah serangan Siam sebanyak 4 kali dalam
cubaan menjatuhkan kerajaan Melayu. Meriam tersebut ialah meriam Sri Patani,
Sri Nagara dan Mahalela. Meriam ini dibina atas arahan Ratu
biru (1616-1624) kepada seorang lelaki Cina-Islam yang bernama Tok Kayan
(Lim To Khiam).
Fizikal meriam Sri Patani dan meriam Sri
Nagara bersaiz 2.7 meter diperbuat daripada loyang manakala meriam Mahalela
dikatakan cuma 5 hasta 1 jengkal bersamaan 2.48 meter. Kekalahan kerajaan Melayu
Patani pada kerajaan Siam yang pada masa itu diperintah oleh Seri Rama I telah
menyebabkan meriam-meriam ini dirampas. Kekalahan bukanlah berpunca daripada
kekuatan meriam-meriam ini, tapi kerana disebabkan kebocoran rahsia perang.
Pada masa sekarang, meriam Sri Patani telah ditempatkan di hadapan bangunan
Kementerian Pertahanan, Bangkok, Thailand. Meriam Sri Nagara pula tidak
terselamat semasa kapal yang membawanya karam. Manakala meriam Mahalela hilang
tanpa dikesan.
- Manuskrip Melayu di Belanda.
Lebih 20,000 manuskrip melayu yang disimpan di
perpustakaan Universti Leiden di Belanda. Antara simpanan tersebut adalah
Sulalatus Salatin iaitu Sejarah Melayu yang ditulis Tun Sri Lanang. Tulisan Tun
Sri Lanang ini amat penting bagi pengkaji sejarah dan kesusasteraan melayu. Setakat
ini, terdapat usaha mendigitalkan manuskrip tersebut untuk memudahkan pengkaji
membuat kajian mengenainya. Namun usaha untuk mengembalikan manuskrip itu ke
tanah melayu masih dijalankan dan memerlukan kerjasama negara serantau juga.
- Penemuan Keris Melayu di Okinawa Jepun
Ditemui di kerajaan lama Ryukyu yang pernah
menjalankan perdagangan dengan kerajaan melayu Melaka pada suatu masa, keris
berukuran 22.1 cm ditemui tanpa hulu dan sarungnya dipercayai telah hancur.
Profesor yang menemui keris tersebut mempercayai ianyai barang dagangan
daripada kesultanan Melaka pada kurun ke-15, sebelum pendudukan Jepun di tanah
Melayu. Walau bagaimanapun, harta karun ini bukanlah merujuk kepada keris ini
sahaja, ianya menjadi bukti kukuh bahawa barang dagangan seperti batik dan tuak
nipah telah menjadi permulaan kepada perkembangan kebudayaan di Jepun. Daripada
barang dagangan ini, orang jepun telah mencipta awamori iaitu tuak beras dan
bingata iaitu seni catan yang sama dengan batik inspirasi daripada barang
dagangan Melayu. Untuk harta karun ini, ianya bukanlah suatu yang boleh
dituntut semula. Ianya suatu harta karun yang menjadi harta kebudayaan di
negara tersebut.
 |
Gambar Kimono Bingata di Okinawa
Sumber foto : ulifestyle |
 |
Gambar Kimono Bingata di Okinawa
Sumber foto : ulifestyle |
- Pece de Malacca di Portugis
Pece de Malacca atau pun bermaksud “Piece of
Malacca” merupakan senjata-senjata yang dirampas oleh Portugis semasa kejatuhan
Melayu Melaka 1511. Senjata-senjata ini bukanlah ciptaan kesultanan Melayu
Melaka namun merupakan hadiah daripada Raja Zamorin of Calicut berupa senjata sebanyak 3000-8000
jumlahnya. Senjata api tersebut seperti;
- meriam
Lela iaitu meriam mortar
- Lela
Rentaka iaitu sejenis meriam mudah alih yang dipasangkan pada kapal
- Istinggar
iaitu senapang cucuh
- Pemuras
iaitu senapang pendek, dan
- terakol
iaitu pistol.
Antara kekangan negara untuk memiliki rampasan
perang ini adalah Malaysia belum menandatangi Konvensyen UN (Convention on the
Means of Prohibiting and Preventing the Illicit Import, Export and Transfer of
Ownership of Cultural Property 1970).
Selain daripada rampasan perang yang berada di
Portugis, terdapat juga rampasan perang Kesultanan Melayu Melaka yang berada di
Kota Cabo da Rama, di Goa yang ditemui setelah beberapa ekspedisi menjejaki
Hang Tuah di Goa.
Harta karun milik tamadun Melayu bukanlah
kekayaan seperti emas, namun ilmu serta bukti usaha orang lama mempertahankan
ketamadunan mereka sehingga digentari oleh nusantara dan barat. Oleh itu,
marilah sama-sama kita mempertahankan ketamadunan yang ditinggalkan agar kita
tidak dijajah lagi.
0 Ulasan