Gunakan Enjin Pelayar Ekoru Dapat Bantu Memelihara Dan Memulihara 'Hutan Lautan'.

https://www.ekoru.org/

Satu carian dalam talian akan membantu memelihara dan memulihara tumbuhan lautan dengan menggunakan enjin pelayar Ekoru.org. Innovatif ini menggunakan enjin kuasa hidro. Ianya sebuah enjin pelayar yang menaja sebarang program amal yang eco-friendly. Setiap carian yang dibuat melalui enjin pelayar ini, revenue akan digunakan oleh organisasi ini untuk mengutip sampah dalam lautan. 

Innovator teknologi daripada Australia; Ati Bakush dan isterinya Allison terinspirasi untuk membuat projek ini setelah mereka berpindah ke Kuala Lumpur. Kerisauan mereka terhadap  pencemaran plastik dalam lautan di negara asia yang telah menggerakan hati mereka untuk melakukan sesuatu.
Dengan menggunakan kepakaran mereka, pasangan ini mahu mengajak masyarakat untuk membantu memelihara dan memulihara lautan tanpa perlu menderma secara terus.

Gambar Ati Bakush dan Allison (Sumber : e27.co)

Sebagai perspektif, internet servers milik Google menghasilkan 500 kg CO2 setiap saat. Manakala Ekoru telah meletakkan data centers mereka pada servers yang menggunakan kuasa hidro-elektrik. Kuasa yang diperlukan bagi memindahkan 1gb data menggunakan Telefon 3G cuma 2.9 kWh. Ekoru telah memanfaatkan tenaga dalam serversnya sebaik mungkin.

Semenjak dilancaran 2 bulan lalu, revenue telah disumbangkan ke Blue Ocean Cleanup dan Operation Posidonia. Ekoru telah berkembang ke seluruh dunia daripada Amerika Syarikat ke Jepun.
Oleh itu, marilah kita mulakan langkah sekecil ini membantu memelihara dan memulihara lautan kita.


0 Ulasan

Taip di atas...