musim kahwin musim kelupis?
Assalamualaikum dan hai semuanya,
Seperti biasa apabila masuk sahaja bulan 12 ataupun hujung tahun, tentu sahaja kita akan dihujani dengan jemputan majlis kahwin dan undangan pelbagai bentuk keramaian seperti majlis berkhatan,majlis kenduri arwah dan sebagainya. Bagi masyarakat labuan tentu kita telah selalu melihat satu sosok makanan yang begitu sinonim dengan majlis-majlis yang ada dilabuan. Sudah tentu kita akan berkenalan dengan "Kelupis"
"Kelupis" Merupakan salah satu bentuk kuih dan makanan tradisional yang begitu popular dilabuan. Makanan ini dikatakan amat sinonim dengan masyarakat tempatan di labuan iaitu terutama bagi suku kaum melayu brunei, kedayan ataupun brunei kedayan. Kelupis sering dihidangkan di majlis yang begituh besar seperti majlis kahwin. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya anda menjumpai kuih ini disekitar majlis perkahwinan yang ada dilabuan. Pembikinan kuih ini juga turut tidak terlalu leceh dan berat untuk dilakukan kerana kuih ini hanya mempunyai beberapa bahan utama.
Resepi asas pembuatan kelupis ini adalah seperti Beras pulut, Daun nyirih, Santan, Garam, Ajinomoto dan gula. Prosesnya bermula dengan Beras pulut yang akan ditanak separuh masak dengan mencampurkan Santan, Garam, ajinomoto dan gula. Setelah Kelupis itu ditanak separuh masak baru lah akan dibentuk dan dibungkus didalam daun nyirih agar kelihatan lebih kemas. akhir sekali barulah kelupis akan dikukus sehingga masak dan telah siap untuk dihidangkan dengan lauk pauk yang ada.
Namun yang demikian, untuk pengetahuan semua, Kelupis bukan sahaja dapat diperolehi dilabuan namun turut terdapat di sekitar daerah persisiran pantai sabah seperti menumbok, beaufort dan sipitang dan turut tersebar sehinga ke brunei dan beberapa daerah di sarawak. Bagi dilabuan bentuk kelupis adalah seperti leper dan dilipat dengan daun nyirih. Namun kelupis yang terdapat disabah berbentuk bergulung dan dibungkus bersama daun nyirih. Hal ini jelas menampakkan bahawa setiap daerah mempunyai keunikan "Kelupis" yang tersendiri. Oleh itu, jangan hairanlah, sekiranya ramai orang akan mengatakan supaya anda mencuba kuih "Kelupis" sekiranya datang ke labuan kerana "Kelupis" Labuan mempunyai keunikanya yang tersendiri.
Oleh itu, bagi pelancong luar atau sesiapa sahaja yang ingin mencuba kuih tradisional ini, digalakkan untuk datang ketika adanya majlis perkahwinan dimana akan lebih mudah untuk dicari dan didapatkan. Kuih ini jelas menjadi perlambangan kepada masayakat labuan yang suka untuk menjamu tetamu dengan menghidangkan pelbagai jenis makanan tradisional seperti "Kelupis" dan lain-lain lagi. Namun jangan risau, sekiranya anda datang kelabuan bukan pada waktu musim perkahwinan anda turut boleh menikmati kuih ini di gerai-gerai yang ada di sekitar labuan seperti yang terdapat di pasar tani labuan. Oleh itu, saya berharap kuih ini akan terus mendapat tempat dihati masyarakat dan tidak akan dilupakan oleh golongan muda meskipun dengan adanya lambakan kuih-kuih yang baru dipasaran.Dalam pada masa yang sama menjadi tarikan pelancong asing ke negeri pulau mutiara borneo ini.



0 Ulasan