Assalamualaikum dan salam sejahtera!
Wilayah Persekutuan Labuan merupakan sebuah pulau pelabuhan dan perindustrin serta merupakan antara destinasi pelancongan yang terkenal di negara kita. Wilayah Persekutuan Labuan juga merupakan sebuah pulau yang aman dan tenang.
 |
Bandar Labuan atau Bandar Victoria |
Kepada yang ingin melancong bersama keluarga pada hujung tahun ini, Labuan merupakan destinasi yang patut anda kunjungi!
Berikut merupakan 5 perkara menarik di WP Labuan.
5. Pantai
 |
Pemandangan matahari terbenam di Pantai Pancur Hitam, Labuan |
Labuan yang dikelilingi pantai memang terkenal dengan pantai yang bersih dan air yang jernih. Antara pantai-pantai yang terdapat di Labuan ialah Pantai Layang-Layangan, Pantai Pohon Batu dan Pantai Pancur Hitam yang telah memenangi
UN's Cleanest Beach Award in 2008. Lokasi pantai tersebut sesuai untuk anda menikmati pemandangan matahari terbenam.
 |
Labuan United Nation 2008 Beach |
Pantai yang paling dekat dengan bandar pula ialah Pantai Tanjung Purun yang terletak di bersama dengan Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan.
 |
Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan |
 |
Taman Awam Tanjung Purun. Jangan lupa bergambar kat perkataan "Labuan" tu. |
Bukan sahaja pantai, terdapat juga beberapa buah pulau seperti Pulau Rusukan Besar, Pulau Rusukan Kecil (yang merupakan taman laut) dan Pulau Papan yang menarik untuk dikunjungi serta untuk melakukan aktiviti menyelam.
 |
Pulau Rusukan Besar, Labuan |
4. Peninggalan Sejarah
 |
Tugu Peringatan Perang Dunia II |
Labuan pada asalnya merupakan jajahan Brunei dan seterusnya pernah dijajah oleh British dan Jepun . Ramai yang masih menganggap Labuan sebahagian atau daerah Sabah, namun sebenarnya Labuan telah menjadi Wilayah Persekutuan sejak 1984 lagi.
Beberapa tempat bersejarah yang menarik juga terdapat di Labuan. Antaranya Tugu Peringakatan Perang Dunia II, Taman Damai, Bumbung 12 yang telerak di Taman Botanikal dan Menara Chimney dengan terowong arang batunya yang penuh dengan misteri!
 |
Menara Chimney, Labuan |
3. Budaya
Majoriti masyarakat di Labuan merupakan Melayu Brunei & Kadayan yang menganut agama Islam. Manakala kaum-kaum lain seperti Cina, Kadazan, Murut, Lun Bawang dan India juga hidup bersama dengan aman di wilayah ini. Walaupun terdapat pelbagai kaum, Labuan merupakan wilayah sifar rusuhan perkauman.

Kepelbagaian kaum di Labuan menjadikan Labuan sebagai sebuah pulau yang kaya dengan budaya. Ramai yang menyangka, loghat dan dialek Labuan sama seperti Sabah, namun sebenarnya majoriti masyarakat Labuan menggunakan dialek Melayu Brunei dalam perbualan harian.
 |
Kampung Air Patau-Patau 1, WP Labuan |
Sekiranya anda ingin mengetahui dan merasai sendiri budaya Melayu Brunei, bolehlah berkunjung ke Kampung Air Patau-Patau 1 & 2 dan Bebuloh Laut.
2. Bebas Cukai
 |
Coklat murah! |
Siapa yang tak suka membeli belah? Kalau anda seorang yang suka membeli belah, Labuan tempat yang sesuai untuk anda kunjungi. Hal ini disebabkan Labuan merupakan sebuah wilayah bebas cukai dan mempunyai beberapa tempat membeli belah yang terkenal seperti Kompleks Ujana Kewangan, Paragon dan yang sedang dibangunkan
BVO Premium Outlet. Boleh beli coklat banyak-banyak!
 |
Kedai Bebas Cukai di Labuan |
 |
Ujana Kewangan |
1. Makanan
 |
Ambuyat yang dihidang dengan pelbagai jenis lauk. |
Di mana-mana sahaja kita pergi mesti kita akan makan. Setiap tempat ada keistimewaan makananya yang tersendiri. Ambuyat, hidangan sagu tradisional Brunei yang enak dimakan bersama sambal asam dan pedas yang dibuat dengan mangga muda, cili dan udang kering. Selain daripada itu banyak lagi makanan tradisional lain seperti Kelupis dan beberapa.makanan kering.
 |
Makanan laut segar! |
Labuan juga terkenal dengan makanan laut yang segar dengan harga yang berpatutan seperti kari kepala ikan, ketam/udang mantega dan banyak lagi. Labuan juga merupakan tempat pendaratan ikan tuna dan ikan bilis yang popular di Malaysia.
Tunggu apa lagi? Marilah bercuti ke Labuan, Pulau Mutiara Laut China Selatan. Tenangkan fikiran anda bersama keluarga.
#VM2020 #VisitLabuan
P/s: Susunan 5 perkara menarik di Labuan hanya berdasarkan pandangan admin dengan beberapa rujukan.
Sumber rujukan:
Perbadanan Labuan
Wikipedia
Libur.com
0 Ulasan