5 Telefon Pintar harga bawah RM1000!





Image result for gaming console with smartphone


Telefon pintar merupakan suatu alat elektronik yang diperlukan pada zaman arus kemodenan ini. kerana, ia merupakan salah satu elemen penting untuk penggunaan pada masa kini seperti komunikasi, bersosial serta dapat memudahkan kerja harian kita. Akan tetapi tahukah anda, segelintir rakyat Malaysia gemar bermain permainan video atau 'game' melalui telefon pintar?

Di sini kami mengesyorkan 5 telefon pintar untuk gaming yang berharga RM1000 ke bawah. khas untuk mereka yang ingin mencari telefon pintar budget untuk gaming serta dapat menjimatkan perbelanjaan dan wang.



Image result for Xiaomi Redmi 4x

1. Xiaomi Redmi 4X

HARGA.RM420.00



Xiaomi Redmi 4X merupakan smartphone untuk gaming yang paling murah tetapi sungguh menakjubkan. Menggunakan operasi sistem khas MIUI 8 dan menggunakan CPU Snapdragon 435 Octa Core yang dapat menghasilkan frame per second. Sesuai untuk bermain permainan video yang sangat-sangat memerlukan render yang tinggi.

Juga terdapat GPU Adreno 505 yang memberikan sokongan grafik kepadanya supaya tidak mudah lagging atau cepat panas ketika sedang gaming. Baterinya yang sehingga 4100mAh dapat memberikan peluang kepada pengguna untuk terus bermain game kesukaan mereka tanpa perlu risau akan kehabisan bateri  atau mengecas semula.








Image result for xiaomi redmi 5A
2. Xiaomi Redmi 5A

HARGA: RM375.00



Xiaomi Redmi 5A hadir dengan skrin bersaiz 5-inci pada resolusi HD, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 425, walaupun penggunaan snapdragon 425, namun ia masih menyokong permainan video dalam smartphone tersebut.

Memori yang diberikan hanyalah  2GB RAM dan ruangan storan sehingga 16GB. Ruangan yang diberikan sangat sedikit namun ia berbaloi untuk telefon pintar budget gaming ini. Untuk rakaman gambar, 

Ia menggunakan kamera belakang 13-megapixel dengan bukaan f/2.2, sementara menggunakan kamera hadapan 5-megapixel dengan bukaan f/2.0. Xiaomi menggunakan bateri 3000mAh padanya, selain menyertakan sokongan dwi-SIM dan juga kad mikro-SD sehingga 128GB.





















Image result for xiaomi redmi note 5a prime
3. XIAOMI REDMI NOTE 5A PRIME

HARGA:RM 550.00





Seterusnya adalah XIaomi Redmi Note 5A Prime. smartphone ini serupa dengan xiaomi redmi 5A, namun telefon pintar ini terdapat lebih banyak ciri ciri yang lebih baik berbanding dengan xiaomi redmi 5A. antara ciri tersebut adalah saiz telefon pintar ini sama seperti dengan Xiaomi Redmi 5A. akan tetapi ia menggunakan cipset Snapdragon 435, 8x [email protected], Adreno 505 dimana perfomance gaming lebih baik dan lancar. 


  Memory yang terdapat dalam telefon pintar ini adalah 3/4GB RAM dengan 32/64GB simpanan bersertakan microSD slot. telefon pintar ini juga mempunyai fingerprint dimana ia boleh memastikan privasi anda tidak diganggu. di samping itu, Peningkatan yang dapat dilihat pada model ini adalah kamera depan beresolusi 16 Megapiksel dengan sokongan Selfie-light, sesuai untuk mereka yang suka berswafoto. Sementara itu, kamera utama masih dikekalkan resolusi 13 Megapiksel dengan bantuan LED flash untuk penggambaran di kawasan yang mempunyai cahaya terhad

kapasiti bateri 3080mAH dimana ia masih bolehmemberikan peluang untuk terus bermain permainan video.







Image result for motorola moto m
4. MOTOROLA MOTO M

HARGA: RM548.00

 Apa yang diperlukan pada gaming smartphone iaitu kelajuan dan kelincahan prosessor. Oleh itu, Motorola Moto M sangat sesuai kerana menggunakan prosessor MTK Helio P15 64-bit Octa-core 2.2Ghz pada 4GB RAM menghasilkannya sifar lag. Menggunakan Android 6.0 yang lebih cekap dalam pengurusan prosessor dan bateri. baterinya yang sehingga 3050 mAh dan penggunaan Android 6.0 memberi peluang penggunaan jangka masa yang lebih lama sebelum kehabisan bateri. Juga terdapat storan sehingga 32 GB dan boleh dibesarkan sehingga 128 GB memberi peluanguk menyimpan pelbagai jenis permainan video di dalamnya.






Image result for oppo f1s

OPPO F1S


HARGA: RM788.00



 Oppo F1s memang terkenal dengan panggilan pakar swafoto kerana kehebatan kameranya. Tetapi tahukah anda bahawa ia menggunakan 3GB RAM dan prosessor MTK6750 Octa-core 64 bit sesuai untuk gaming? Ya, sekarang anda baru tahu. Gandingan RAM dan prosessor tersebut dapat menghasilkan gaming pada 90 frame per second lebih menarik tanpa lagging.

Penggunaan GPU Mali-T860MP2 dan resolusi 1280 x 720 pixel dapat menampung permainan video yang HD tanpa menyebabkan cepat kehabisan bateri atau overheat. Storan yang boleh dibesarkan sehingga 256GB memberi peluang kepada pengguna untuk menyimpan permainan video dan gambar-gambar selfie anda. 





 Harga bagi modal-modal smartphone ini berkemungkinan besar akan menurun dia suatu masa akan datang. hal ini kerana akan muncul modal yang baru di suatu masa akan datang dengan kelebihan yang lebih canggih dari sekarang. Oleh itu, sama ada dari anda sendiri ingin berjimat untuk beli modal yang baru atau? beli yang sekarang. pilihan di tangan anda. ingat "you make choices and you dont look back"






0 Ulasan

Taip di atas...